Friday, January 22, 2010

antara kita dan mereka

bismillahirrahmanirrahim..
izinkan tanganku mengetuk papan kekunci dengan lancar agar terkesan di hati sang pembaca..

pengalaman berniaga selama 2 hari di 3 sekolah yang berbeza cukup memberi 1001 pengalaman dan pengajaran buat kami...

di sebuah sekolah islam swasta terkemuka di johor bahru...

penjual: ye dik, nak beli apa?
sambil memaniskan muka dan memandang pelajar yang memakai baju uniform kuning langsat bertudung putih itu. teringat dia akan zaman persekolahan yang beru beberapa bulan ditinggalkan..

adik: kak, nak roti hot dog satu.
sambil menuding jarinya yang kecil mongel ke arah roti hot dog kampung yang sungguh menyelerakan.

penjual: boleh, ni harganya RM2.50....nak?
sengaja dia menyatakan harga terlebih dahulu sebelum menyerahkan roti tersebut kepada budak tersebut supaya tak terkejut budak itu dengan harga yang agak mahal bagi pelajar sekolah.

adik: nak..
tangannya sudah tersedia dengan note RM 2 dan duit syiling 50 sen.

dengan penuh keihkhlasan, penjual menyediakan roti hot dog kampung yang diminta...

penjual: terima kasih dik, jual...
sambil menghulur roti hotdog..

adik: sama-sama..beli...

*******

satu situasi di sebuah sekolah harian....
jam menunjukkan tepat 6 petang...
si penjual dan 3 orang lagi rakannya sudah bersedia untuk menutup gerai yang dibukanya sejak 6 jam yang lalu...
cuaca yang agak mendung mempercepatkan lagi proses untuk mereka berkemas...
nampaknya, keuntungan hari ini kurang memberangsangkan.
tetapi, tidak mengapa..mereka yakin dengan janji Allah:

mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
[at-Tolaq:2-3]

tiba-tiba...
seorang budak india yang memakai pinafore datang menghampiri mereka berempat.
dengan muka sungguh "innocent", pelajar tersebut bersuara.

pelajar: akak, roti ni satu berapa?
sambil menuding ke arah roti mama yang bersaiz kecil.

penjual 1: 70 sen dik...
manis mukanya menjawab soalan walaupun agak kepanatan hari itu.

pelajar: takde ke yang 50 sen?
suara yang agak kecewa melontarkan soalan spontan.

keempat-empat penjual terkesima.membisu seribu kata. mungkin berfikir apa yang hendak dijawab kepada pelajar india yang dalam kiraan mereka baru melangkah masuk ke alam sekolah menengah, tingkatan satulah tu.

penjual 2: takde dik. tapi, takpelah...awak ambil je...bayar 50 sen.

pelajar india tersebut dengan perasaan yang bercampur baur mengeluarkan duit syiling dari poketnya lalu menyerahkan kepada penjual tersebut.

sambil memerhati duit yang dihulurkan, keempat-empat penjual agak terkejut kerana duit 50 sen tersebut merupakan duit syiling asing, tiada lambang yang familiar bagi mereka..rupa-rupanya, budak tersebut menghulurkan wang singapore...

pelajar: boleh tukar, kak?

sekali lagi, mereka terkesima.

panjual 3: takpelah dik. akak belanja...simpan duit tu...

pelajar yang bertubuh kecil mongel itu terus berlalu dengan perasaan serba salah...
sebelum berlalu, sempat dia mengucapkan terima kasih kepada penjual-penjual yang dirasakan sungguh baik hati tersebut.

******

dua kisah yang berbeza. sungguh berbeza. cuba kita renungi dan hayati kedua-dua kisah di atas.
kisah pertama yang menunjukkan bahawa begitu mudah untuk adik tersebut mengeluarkan duit untuk membeli makanan. mungkin sudah dilahirkan sebagai anak orang yang senang, bangun sahaja dari tidur, segala-galanya sudah tersedia. tetapi, pernahkah mereka bersyukur dengan segalanya yang telah tersedia itu?

kisah kedua pula cukup membuatkan si penjual insaf.bukan kerana apa, 2 situasi yang berbeza itu sungguh membuatkan mereka merefleksi kembali diri mereka. tidak semua orang mampu untuk membeli walaupun harganya hanya 70 sen...cukup murah jika dibandingkan dengan harga RM2.50 yang dibayar oleh adik di sekolah swasta tersebut.tetapi untuk mengeluarkan duit sebanyak 70 sen itu cukup untuk dia berkira-kira.mungkin terlalu lapar menyebabkan dia menebalkan muka untuk membeli roti dengan harga 50 sen...

pernahkah kita terfikir akan kesusahan orang lain tatkala kita diuji dengan KESENANGAN dan kemewahan duniawi??
fikirk-fikirkanlah wahai manusia yang dianugerahkan aqal untuk berfikir!


Thursday, January 7, 2010

Sebuah Pertemuan...

Tika ku kealpaan
kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan tuhan
kau katakan rahmatnya
mengatasi segala

Bermulalah kisah kami... mencari redha Illahi dalam setiap langkah...

Setiap sesuatu tidak akan selesai tanpa permulaan yang jelas. Pencarian redha Ilahi ini bukan sesuatu yang mudah, sesiapa yang sudah meletakkan diri mereka pada pencarian pastinya pengorbanan yang sun
gguh besar dituntut pada diri mereka. Di sini kami telah berusaha sedaya upaya untuk ikhlas dalam pengembaraan ini, lantas kami dituntut mengorbankan segala keseronokan. Hmm, mungkin hanya impression awal saat pertama kali ke sini, kerana apa sangkaan kami itu ternyata meleset semata-mata kerana kemanisan ukhuwwah di sini ternyata lebih indah. Sahabat-sahabat yang selama ini terasa berjauhan hatinya kini sudah didekatkan seolah-olah bercantum menjadi satu.

Bila difikirkan kembali, mungkin inilah yang dirasakan apabila kita berukhuwwah kerana Allah. Ukhuwwah tambah manis dengan adanya saling nasihat-menasihati.

Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran. Dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran [ Surah Al-'Asr: 1- 4 ]